Sudah ketara,
Aku tidak mahu dipermainkan,
Aku tidak mahu binasa.
Tetapi engkau telah mengaburi pandanganku, pemandanganku,
Hanya engkau dibawah lampu fluoresen,
Atas pentas dilatarbelakangkan langsir hitam.
Kau tahu kau cantik,
Tapi aku mahu kau tahu yang aku tak kisah.
Sebab kau tahu kau cantik kau tak terkejut bila diajak keluar,
Sebab kau tahu kau cantik kau tak hairan kenapa kau dikerumun.
Diselebungi laki-laki yang ingin menyelimutkan kau,
Dengan kasih mereka.
"Hi, nama saya si fulan,
Saya mahu berkenalan,
Just thought it'd be fun,
Kita keluar hari Sabtu ni, boleh kan?"
"Jom"
Aku rasa part ni yang aku tersilap langkah sedikit.
Bosan dengan perbualan yang remeh dan tidak bermakna dan tidak berkait,
Aku dan engkau mula jujur tanpa ragu,
Bak saling bertukar cadangan senarai lagu.
Di sini aku hampir jatuh cinta.
Sebab aku dapat tahu yang engkau sebuah paradoks.
Gabungan ciri-ciri yang berlawanan.
Yang tidak sepatutnya boleh dijumpa dalam satu jasad.
Biasanyalah.
Tetapi engkau wujud,
Seperti partikel fizik kuantum.
Hadirnya kau,
Sebagai memoriam bagi segala yang bahaya,
Tetapi nampak cun,
Seperti api mercun,
Seperti suasana dari batu pantai yang cerun,
Seperti rokok Sampoerna yang engkau balun.
Jadi kenapa aku masih mengharap,
Bahawa beberapa rangkap,
Dapat menangkap,
Ukiran wajahmu dengan lengkap.
Engkau alunkan lagu alternatif untukku,
Tetapi artis kegemaranmu,
Kau mengaku dengan positif,
Taylor Swift.
Engkau mencarut dengan suara lantang, seperti rempit Bukit Bintang,
Serentak ber-'pun' memanjang
Mahupun ufuk minda kau luas, bertutur dalam bahasa ketiga,
Menulis prosa, telus dan jujur seakan dirakam atas pita.
Jikalau akhirnya perasaan ini hanya ilusi,
Sekurang-kurangnya tercatit dalam bentuk puisi,
Yang ku bahagia bahwa kau ku terjumpa cari.